Usrah Sesama Kita

"Segala dakwah adalah terus ke PC anda tanpa perlu melawat ke laman ini"


kategori pilihan : ke laman daftar ahli usrah | ke laman intisari kandungan usrah

 

"Andainya kita adalah salah seorang daripada ahli kubur"

Assalamualaikum

    Ketika itu keadaan seakan-akan mendung. Sambil menanti sebuah bas saya tertarik kepada sebuah kedai majalah. Layaknya dipanggil gerai, tapi tidak beratap. Gerai tersebut begitu ringkas memandangkan ia tidaklah menjual begitu banyak majalah. Gerainya pun sekadar menumpang ditepi-tepi sudut sebuah restoren. Restoren tersebut kalau tidak silap adalah dimiliki oleh peniaga berbangsa cina. Ketika itulah saya menuju kearah gerai majalah tersebut dengan niat ingin melihat dan membeli beberapa majalah seandainya berkenan. Dari situlah saya terlihat sebuah buku kecil yang menceritakan beberapa kisah umat-umat islam dahulu dan terkini. Majalah tersebut diberi nama "Dzul Nurain, Daiges Dunia Islam" dimana saya membeli pada harga RM 5.00. Belilah buku ini jika anda ingin mengetahui sesuatu yang jarang kita dengar yang berkisar tentang peristiwa umat-umat islam.

        Saya tertarik tentang satu kisah didalam buku tersebut yang menceritakan seorang salih bermimpi keadaan seorang hamba Allah s.w.t (telah meninggal dunia) dalam keadaan miskin dan berpakaian buruk. Diakhir kisah ini dengan bantuan daripada salih yang menemui ibu hamba tersebut dan menasihati agar mendoakan anaknya, akhirnya hamba yang juga ahli kubur gembira dan berpakaian bersih. Inti pati cerita ini tidak lain dan tidak bukan adalah berkisar mengenai doa yang dikirimkan kepada hamba tersebut. Disini ada disebut terdapat 6 kumpulan yang dikategorikan sebagai pengirim doa yang ditunggu-tunggu oleh setiap ahli yang telah meninggal dunia.

  1. Orang-orang yang telah menerima pusaka si mati.
  2. Orang-orang yang tinggal menetap (bermastautin) didalam rumah peninggalan simati.
  3. Orang-orang yang biasa menerima ilmu (sebarang ilmu) dari si mati.
  4. Orang-orang yang telah menerima hadiah-hadiah dari si mati.
  5. Orang-orang yang berkahwin dengan keluarga si mati seperti anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan sebagainya.
  6. Orang-orang yang mengalirkan darah si mati. Seperti anak-anak, menantu-menantu, cucu-cicit dan sebagainya yang mempunyai talian darah dengan simati.

Walauapapun ciri-ciri diatas, yang paling penting ialah niat dan usaha kita semasa kita hidup, untuk apa.

Firman Allah SWT (yang bermaksud), “Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri”. 

Serta dalam sebuah sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati”

 Selain dari menunaikan Rukun Islam dan menghayati Rukun Iman, apa lagi yang boleh dan mudah kita lakukan semasa kita hidup yang menuju ke jalan Allah SWT ?

Derma

Dalam hal menderma kita seharusnya mencari tempat untuk menderma, bukan dicari untuk diminta menderma. Dermalah walaupun 10sen asalkan hati kita ikhlas dan tidak dipengaruhi unsur kedekut (mengikut kemampuan) Sesetengah dari kita masih belum dapat menilai suasana yang manakah sesuai untuk kita menderma, ialah diantaranya suasana yang sesuai,

Bukan Derma

Bukan derma bermaksud menggunakan anggota zahir dan batin  seperti tangan, kaki, mulut, hati, jiwa dan yang seangkatan dengannya. Antaranya ialah,

 

Sebagai umat islam kita mestilah mencuba sedaya upaya kita agar setiap saat dipenuhi dengan ibadah dan ingatlah Allah SWT pernah berfirman yang bermaksud "demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian".

Sebelum malaikat maut memanggil kita eloklah kita menyiapkan diri bersungguh-sungguh yang boleh. Susah ke? kalau zikirpun anda kata susah perghh.... tak tahulah den nak kato apo!

Wassalam....