Usrah Sesama Kita

"Segala dakwah adalah terus ke PC anda tanpa perlu melawat ke laman ini"


Syarat-syarat : sumbangan maklumat | bertanyakan soalan | asas penting dalam islam untuk kita semua 'mesti baca'

 

Assalamualaikum,

     Kepada saudara/i semoga di rahmati Allah .s.w.t. sebagai umat islam iaitu umat nabi Muhammad s.a.w kita harus mematuhi setiap apa yang tercatit didalam kitab Al-Quran dan catatan sunnah. Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan/bersabda sebelum baginda wafat iaitu kembali kepada Rahmatullah. Rasullulah berpesan bahawa selepas peninggalannya (wafat) tidak ada lagi nabi yang akan dipilih oleh Allah s.w.t. Nabi juga berpesan agar kita sentiasa menghayati Al-Quran dan Sunnah yang telah baginda sampaikan dan paparkan sewaktu baginda masih hidup dengan jaminan kita tidak akan tersesat.

    Al-Quran merupakan kata-kata Allah s.w.t. Allah s.w.t juga berjanji menjaga kesucian Al-Quran sehinggalah munculnya hari kiamat iaitu hari pembalasan untuk seluruh manusia. Al-Quran diturunkan sesuai untuk semua zaman dan keadaan hinggalah munculnya hari kiamat. Al-Quran meliputi politik, ekonomi dan sosial atau ringkasnya meliputi seluruh aktiviti kehidupan manusia.

    Akhlak Rasullullah s.a.w adalah Al-Quran, Rasullulah s.a.w telah menjadi pemimpin didalam politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan apa sahaja aktiviti yang wujud. Rasullullah sentiasa menjadi rujukan kepada para-para sahabat. Segala kelakuan Rasullullah s.a.w sentiasa diperhatikan oleh Allah s.w.t. Dengan didikan dari Allah s.w.t maka Akhlak Rasullullah s.a.w telah menjadi contoh kepada umat islam sebagai akhlak yang terpuji. Ini sesuai dengan pengakuan Rasullullah s.a.w yang menyatakan bahawa baginda diutus untuk membina akhlak dikalangan umatnya.

    Hari ini cuba kita lihat, ramai diantara kita lalai terhadap kehidupan dunia dan sering lupa kepada akhirat. Sebagai contoh orang itu adalah diri saya sendiri. Kita sepatutnya sentiasa berjihat dan saling ingat-mengingati sesama sendiri. Cuma ramai dari kita yang malas untuk mencari dan menghayati makna yang disampaikan didalam Al-Quran (dijaga kesuciannya oleh Allah s.w.t) dan Sunnah (dijaga oleh Al-Quran, jika ada sabda yang bercanggah dengan Al-Quran maka itu bukanlah Sunnah dan bukan datangnya dari penyampaian Rasullullah s.a.w). Kita suka dicari. Oleh sebab itulah saya mencari saudara/i bagi menyebarkan nasihat-tazkirah untuk dikongsi bersama-sama.

    Apa yang saya harapkan ialah saudara/i dapat juga mencari rakan-rakan islam yang lain untuk turut sama "dalam usrah sesama kita". Insyaallah segala yang anda lakukan akan menjadi saham di akhirat kelak. Janganlah fikir pasal syurga sebab Allah s.w.t tidak pernah memungkiri janji. Kita sepatutnya melakukan secara ikhlas dengan niat mendapat ke'rheda'annya. Terpulanglah pada Allah s.w.t. Iman, taqwa, solehnya seseorang itu hanyalah dapat dinilai oleh Allah s.w.t bukan manusia sebab Allah s.w.t lebih mengetahui diri manusia itu berbanding manusia empunya dirinya itu sendiri. Apa guna beribadat kemudian riak ha ha ha lepas itu segala pahala terhapus sebab riak bermakna tidak ikhlas, suka menunjuk-nunjuk.

    Panjang sangat. Beginilah saudara/i hendak tak menjadi insaf? saya tengah cuba insaf ler nie. Sebenarnyakan sesuatu yang paling susah untuk ditentang ialah diri sendiri yang alpa, bernafsu, ada syaitan lagi mengalir dalam darah untuk mencari peluang menghasut. Cuma yang ada pada kita ialah akal yang memikir. Allah s.w.t telah menyediakan 2 jalan, jalan kebaikan dan jalan kejahatan. Terpulanglah kepada kita untuk memilih. syaitan & iblis yang dilaknat sebab egonya sentiasa cari geng dikalangan manusia untuk menemaninya didalam neraka. Na'u'zubillah

    Sekiranya saudara/i ada maklumat dakwah islam kongsilah bersama-sama nanti bolehlah saya edar keseluruh email yang turut serta. Biasanya saya suka mengambil sumber dari buku agama, tazkirah dari masjid dan surau (termasuk kertas dakwah), internet dan perbincangan. Ingatlah, bukalah fikiran, berapa lama kita boleh hidup. Contohya saya, tengah tahun akhir ijazah tapi umur dah 25 tahun. Dah tua saya nie. 25 tahun lagi meninggal siapa tahu. Ajal tidak kira tua muda. esok lusa entah bila ia sampai. kalau mati esok dah sedia? Kawan saya ada yang dah meninggal. Tak sempat habis ijazah, tahun 3 pulak tu. Innalillahiwainna- lillahirajiun. Harap dia adalah didalam golongan ahli syurga. Akhir sekali segala kebaikan itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Jika ada salah dan silap harap maafkanlah dan tegur-tegurlah saya disini.

 

Daftarlah disini

Join the mailing list
Enter your name and email address:
Name:
Email:  
Subscribe      Unsubscribe

 

-Subscribe bermakna mahu menyertakan email dan menjadi ahli

-Unsubscribe bermakna ingin mengeluarkan email dari senarai ahli

 

Terima kasih

Yang benar

"hamba Allah s.w.t iaitu umat Nabi Muhammad s.a.w"