Pengenalan membina sebuah laman web milik anda sendiri

 

Dalam alam siber serba maju ini, kita diberi peluang untuk mempamirkan idea-idea kita ke dunia antarabangsa. Itulah laman web. Ia boleh dilihat dimana-mana sahaja tidak kira siapa, dimana dan tiada sekatan atas apa yang ingin kita sampaikan. Laman web boleh berfungsi dalam berbagai keadaan

 

ü      Sebagai penyebar iklan

ü      Sebagai penghubung atau pengerat sahabat (email, chat)

ü      Sebagai kaunter jual beli

ü      Sebagai pusat pengambilan perisian jenis ringan (kurang dari 20mb kebiasaannya)

Banyak lagi fungsi bagi sesebuah laman web. Oleh kerana wujudnya laman web maka kita tidak lagi perlu mengirim surat secara pos atau pergi ke pejabat sesebuah syarikat hanya untuk mendapatkan maklumat yang kita ingini. Syarikat pula tidak perlu sibuk melayan pelanggan yang begitu ramai dan dapat mengelakkan kesesakan ruang pejabat. Ini disebabkan laman web boleh menjadi media pemberitahuan yang paling cekap dan cepat. Keadaan ini muncul apabila hampir semua penduduk didunia memiliki set komputer yang dilengkapi modem bagi membolehkan ia mencapai maklumat internet itu sendiri. Untuk membina laman web tidak sukar seperti diawal kemunculannya. Ini kerana banyak perisian yang boleh menjana laman web secara automatik sebagai contoh,

 

ü      Microsof frontpage express

ü      Netscape composer

ü      Coffee cup html editor

Dan banyak lagi. Untuk membuat laman web apa yang perlu kita ada ialah,

 

ü      Pengetahuan dalam menulis kod asas

ü      Pemindah fail (ftp, jika kita menumpang pada server orang lain)

ü      Set komputer (keyboard, mouse dan aksesori lain)

ü      Perisian (browser, text/html editor)

 

1. Contoh kod asas

 ---------------------------------------------------------

<html>

<head>

 

</head>

 

<body>

</body>

 

</html>

 -----------------------------------------------------------

 

<html> ini ialah kod yang akan memberitahu kepada browser dimana browser akan tahu bahawa ia adalah sebuah laman web. Ia bagi membezakan file-file lain seperti fail zip, txt dan sebagainya.  Jika anda mengabaikan kod ini, laman anda tidak dapat dipaparkan oleh mana-mana browser. Kod ini akan disusuli oleh kod penutup </html> sebagai memberitahu bahawa setiap ayat atau kod diantara <html> dan </html> merupakan sebuah maklumat berbentuk / format internet serta perlu dipaparkan

 

<head> kod ini adalah kepala atau pengenalan. Biasanya diantara kod <head> dan </head> akan diletakkan kod lain seperti kod yang dikenali sebagai metatag. Ini bagi tujuan penilaian selanjutnya samaada oleh browser atau enjin pencarian maklumat yang lain seperti infoseek, altavista, lycos dan banyak lagi.

 

<body> inilah kod yang paling penting. Kod ini membolehkan segala maklumat dilihat oleh setiap individu yang melayari internet. Sebagai contoh jika anda menulis,

-------------------------------------------------------

<head>

<head>

          ayat a

</head>

<body>

 

          ayat b

 

</body>

 

         ayat c

</html>

------------------------------------------------------ 

 

 Apa yang dapat anda lihat discreen browser anda hanyalah ayat b sahaja kerana ia terletak di antara kod <body> dan </body> sebagai penutupnya. Itulah secara ringkasnya. Selebihnya akan dibincangkan secara terperinci pada masa akan datang.

 

Dalam perkembangan teknologi masa kini, laman web sudah dapat dihiasi dengan berbagai aminasi dan dihiasi dengan berbagai-bagai warna menarik. Kebanyakan hiasan-hiasan laman web terkini seperti gambar, masih dihadkan dalam format

 

ü      jpeg

ü      gif

ini adalah bagi membolehkan pemindahan data yang lancar. Jika anda pengguna komputer yang mahir anda tentu tahu apa yang dimaksudkan mb (mega byte) atau kb (kilo byte). Kebanyakan pelawat laman web menggunakan modem pada kelajuan 56kbps (56 kilo bytes per saat). Oleh itu jika kandungan laman anda terlalu tinggi atau berat sebagai contoh berkapasiti sebanyak 200kb, pemindahan data yang berlaku mengambil masa yang lama sebagai contoh tidak kurang dari 2 minit. 2 minit sudah cukup membosankan pengunjung untuk menunggu dan pengunjung mungkin serik dan tidak ingin datang kelaman  anda lagi. Seelok-eloknya anda test dulu dan pastikan bahawa pemindahan data adalah kurang dari 30 saat.

 

Bagi mendapatkan super effect anda boleh menggunakan script yang mudah didapati secara free dilaman web seperti,

 

ü      javascript

ü      cgi/perl script

ü      dhtml

dan banyak lagi. Jika anda sudah berjaya menyiapkan laman web anda sendiri maka anda bolehlah memperkenalkan laman web anda dan meletakkannya diserver anda sendiri. Tetapi pastikan server anda sentiasa on-line dan jika anda tidak ada server sendiri anda masih boleh menumpang server yang banyak didapati diinternet secara free seperti geocities, tripod dan xoom (kini dikenali sebagai nbci)

 harap anda dapat bersabar. Kami akan membincangkan secara terperinci lagi mengenai cara membuat laman web yang lebih profesional.

 

 Sampai sini buat sementara sekian.

 

2 Disember 2000