Make your own free website on Tripod.com

            

 

 

 

Pengenalan kepada komputer , iaitu mesin paling penting sekali digunakan pada abad ini. Apakah komponen bagi komputer dan bagaimana menentukan keupayaan komputer 

 

            Komputer , apakah yang anda tahu mengenai komputer. Apapun secara umumnya komputer bukan lagi sesuatu yang baru pada generasi masa kini. Komputer pada asasnya digunakan untuk memudahkan kerja-kerja asas. Sebagai contoh menaip kertas-kertas kerja. Memandangkan mesin taip kini agak terbatas terutama dalam menyusun dan memperbetulkan masalah ejaan dan sebagainya maka komputer menjadi pengganti yang terbaik dalam arena pengauditan. Komputer terkini mampu melakukan lebih banyak kerja berbanding tujuan asalnya. Komputer mungkin bakal menggantikan pemain cd atau pemain cakera muzik atau pun filem. Komputer amat berguna dalam pembinaan karya-karya grafik. Lebih-lebih lagi hanya komputer sahaja yang membolehkan kita mencapai maklumat di kawasan lingkungan perhubungan tanpa batas iaitu internet. Apa yang dicapai kelak ialah komputer akan dijadikan sebagai alat memproses maklumat, pengisian borang, perpindahan wang dan bermacam-macam lagi dan ini tiada had dan akan dilakukan oleh setiap individu yang memiliki komputer dimana sahaja walaupun dirumah. Bagus bukan. Antara lainnya menunjukkan komputer adalah segalanya permulaan bagi zaman globalisasi. Apakah globalisasi, globalisasi menggambarkan suasana interaksi antara satu dengan ramai pihak tanpa batasan tempat dan masa serta bebas dalam banyak perkara yang dilakukan.

            Baiklah apa yang perlu kita tahu ialah komponen-komponen didalam komputer tersebut. Antara komponen-komponen asas yang perlu ada pada sesebuah komputer adalah “monitor”. Monitor adalah sebagai alat pemaparan maklumat ber skrin seperti TV. Apa bila anda menaip, anda akan melihat perkataan yang anda taip melaui skrin “monitor” komputer anda. Komponen lain adalah CPU yang juga di kenali sebagai Control Processor Unit . CPU merupakan satu alat kecil iaitu gabungan beberapa chip. CPU adalah sebesar tapak tangan sahaja. Walaupun kita sering mengangap kotak sebesar kotak Maggie itu sebagai CPU tetapi sebenarnya itu ialah chasing iaitu bingkainya sahaja. CPU tersebut berada didalam chasing bersama-sama komponen lain. CPU merupakan otak kepada komputer. Anda pernah dengan Atlon AMD atau Pentium III ?. Ha ! itulah yang kita panggil CPU. Ia digunakan untuk mengawal proses yang berlaku seperti memasukkan data, memproses data, menyimpan data serta mempamirkan data ke layar skrin monitor untuk dilihat. Semakin tinggi Hz sesuatu CPU maka semakin pantas ia mengendalikan maklumat dalam komputer tersebut. Contoh 300Mhz, 800Mhz dan yang sedang ada dan paling laju sekarang ini ialah setinggi tidak kurang dari 1Ghz.

            RAM atau lebih dikenali sebagai Random Access Memory . RAM berfungsi sebagai satu ruang stor sementara yang akan dikendalikan oleh CPU. Apabila CPU ingin memproses maklumat yang diambil dari Hardisk atau yang baru dimasukkan oleh pengguna. Maklumat ini akan dimasukkan terlebih dahulu kedalam RAM. Diproses di dalam ruang RAM setelah selesai diproses CPU akan menghantar maklumat tersebut samaada untuk disimpan kedalam Hardisk atau memaparkannya di skrin monitor. Hardisk merupakan satu cakera dan hanya berfungsi sebagai gudang penyimpan maklumat. Untuk memudahkan anda memahami anggapkan sahaja CPU sebagai bos disebuah syarikat bersama dengan pekerjanya, manakala RAM sebagai ruang pejabat dan Hardisk sebagai gudang penyimpan produk. Komponen lain lagi ialah Kad bunyi dan Kad grafik. Kad bunyi bagi membolehkan penghasilan suara atau bunyi dan kad grafik adalah berfungsi sebagai tempat penghasilan paparan gambar atau grafik yang cantik atau sebagainya untuk dipaparkan di skrin komputer. Perkakas lain ialah CD rom (rom bermaksud read only memory) dan ruang diskette. Apa yang penting ialah Motherboard. Ia dipanggil motherboard adalah kerana ia merupakan penghubung paling penting dalam interaksi antara cpu, ram, kad bunyi grafik atau tv, cd rom dan sebagainya. Setiap komponen ini akan disambung atau cantumkan dengan motherboard. Motherboard inilah  yang akan bertindak sebagai litar laluan bagi maklumat-maklumat yang sedang diproses atau yang telah diproses. Anggapkan motherbord sebagai sebuah kawasan kilang yang ada pejabat, gudang dan pekakas lain ( kad bunyi, grafik, tv, etc).

            Diatas hanyalah sebagai pengetahuan asas sahaja dan akan di khususkan pada episod edisi yang akan datang. Baiklah kita lihat kepada keupayaan komponen manakah mengikut fungsinya. Komputer yang terpantas merupakan satu perkara yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pengguna komputer. Makin bertambahnya tahun maka bertambahlah pula teknologi-teknologi baru yang boleh mempercepatkan pemprosessan maklumat didalam ruang komputer. Antara yang saya sebutkan tadi ialah Cpu. Semakin tinggi nilai Hz cpu tersebut maka semakin lajulah proses itu dilakukan. Walaubagaimanapun Cpu tidak akan dapat bekerja dengan pantas jika terdapat halangan tertentu. Antara halangan tersebut ialah keupayaan komponen-komponen lain. Jika anda mahukan Cpu anda bekerja dengan kelajuan yang maksima anda mesti pastikan komponen lain juga dapat menampung keperluan kepantasan Cpu tersebut. Sebagai contoh Ram. Jika ram anda kini masih lagi berkapasiti 32Mb, walaupun Cpu anda berkelajuan 2000Mhz sekalipun, komputer anda tetap akan laju macam siput (konon la). Sebab apa. Anggapkan Cpu anda sebagai kereta-kereta yang berkelajuan 600km sejam. Dan anggapkan ram sebagai ruang jalanraya. Kalau ruang jalan raya anda sempit atau hanya cukup untuk 3 laluan kereta sahaja. Tiba-tiba ada tol didepan. Maka terpaksalah bersesak-sesak dan terpaksa mengurangkan kelajuan. Silap-silap jam akibat kereta belakang menghentam kereta didepan dan sebagainya. Tidak seperti jika ram anda besar umpama 20 laluan kereta. Ini akan menyenangkan laluan pengangkutan (maklumat) dan sebagainya. Begitulah juga dengan komponen-komponen lain. Ram yang kecil akan menyebabkan komputer anda sering memaparkan perkataan ini “system is busy”. Oleh itu anda kenalah sesuaikan kelajuan komponen lain dengan kelajuan Cpu.

            Bila cakap pasal komponen diatas, ia hanyalah komponen asas berbentuk hardware (perkakasan) yang boleh dipegang bukan software. Apakah software. Mana ada orang yang pegang software. Cd yang ada program software, cd tersebut adalah hardware. Software hanya terisi didalamnya. Ianya hanya boleh dilihat di skrin monitor. Tapi kita lebih senang panggil cd tu softwarelah berbanding mengatakan “aku nak beli cd yang ade software bla..bla..bla…”. Contoh software ada system pengoperasian windows atau unix atau microsof word, acdsee dan banyak lagilah. Software adalah perisian yang berfungsi sebagai borang pendaftaran. Dengan software inilah kita akan dapat memandu Cpu tersebut iaitu memberi arahan kepadanya. Kalau Cpu itu tadi saya katakan sebagai bos dan pekerjanya maka anggaplah software ini sebagai unit perhubungan awam yang menghubungkan bos dan pekerja kilang tersebut kepada pengguna (kita). Kita sebagai pelanggan meminta untuk kilang tersebut memproses produk yang kita inginkan. Kita akan mengisikan borang untuk menentukan ciri-ciri produk yang kita mahu dan pekerja inilah yang akan menghasilkannya. Mudahkan teori ini. Harap anda jelas. Jika tidak sila email saya atau klik logo time to plug atas artikel ini dan akan dibawa ke laman utama. Disana ada link ke alamat email kami.

            Secara ringkasnya komputer banyak kegunaannya, tetapi untuk memiliki komputer yang memuaskan kita patut menserasikan kesemua komponen-komponen tersebut yang telah dinyatakan diatas. Masalahnya ialah bagaimana pula dengan keselamatan penggunaan komputer dalam bidang perhubungan di internet. Sebagai contoh penceroboh cyber. Tajuk ini akan dibincangkan pada masa akan dating. Apapun selagi ada teknologi maka kita tidak akan dapat lari dari menggunakan komputer sebagi alat yang mungkin akan mengendalikan banyak perkara dimasa hadapan.

 

13/11/2000