Ramadan , bulan puasa adalah bulan yang mulia , sejauh manakah syarat-syarat di bulan puasa di laksanakan oleh kebanyakan umat islam generasi terkini.

 

 

           Terlebih dahulu assalamualaikum kepada yang beragama islam dan salam sejahtera kepada yang bukan islam (tidak salah jika artikel ini dibaca oleh golongan bukan islam sebagai ilmu pengetahuan). Saya wujudkan artikel ini semata-mata sebagai renungan sempena bulan Ramadan yang akan muncul kelak. Bagi umat islam, mereka sepatutnya sudah tahu apakah erti puasa yang sebenar. Dari ayat berbunyi bulan puasa, sudah menampakkan wujudnya satu bulan khas untuk umat islam beribadat yang dinamakan Ramadan. “Ramadan” adalah merupakan salah satu dari nama-nama bulan yang boleh di jumpai di dalam kalender-kalender islam. Puasa pula adalah salah satu daripada syarat-syarat rukun islam yang wajib di laksanakan oleh semua umat islam. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada syarat-syarat lain. Puasa tidak wajib bagi individu yang kurang waras (tidak berakal) , bukan islam, akil baliq dan beberapa lagi status yang lain. Puasa merupakan salah satu ujian yang harus di tempuhi oleh setiap umat islam yang layak. Puasa merujuk kepada menahan lapar dan dahaga disamping mengelakkan diri dari melakukan apa-apa perkara maksiat atau haram dari waktu matahari muncul hinggalah matahari terbenam.

Didalam agama islam, ada menyatakan bahawa manusia diciptakan oleh tuhan (ALLAH S.W.T) semata-mata untuk beribadat (kepada ALLAH S.W.T). Walaupun setiap umat islam dikatakan diikat oleh takdir yang ditentukan oleh ALLAH S.W.T tetapi kita masih diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk mengubah takdir tersebut. Saya tidak bermaksud manusia mempunyai kebolehan mengubah takdir, tetapi maksud sebenar adalah umat islam diberi peluang untuk berdoa dan meminta ALLAH S.W.T mengubah takdir tersebut. Samaada takdir itu akan berubah menjadi lebih baik atau tidak adalah terpulang kepada persetujuan keizinan dari ALLAH S.W.T merujuk kepada doa kita itu nanti. Sebagai umat islam kita hendaklah tahu bahawa setiap jasad yang bergerak didunia ini adalah atas keizinan ALLAH S.W.T. Tiada jasad yang boleh bergerak dengan sendirinya. Begitu juga dengan takdir, ia tidak boleh bergerak atau berlaku tanpa keizinan ALLAH S.W.T.

Banyak kebaikan yang boleh didapati di dalam bulan puasa. Bagi yang bergelar perempuan, yang sibuk dengan diet nya.  Maka inilah masanya yang sesuai. Anda boleh berdiet sepuas-puasnya. Jika anda inginkan hasil yang lebih baik apabila berbuka puasa, janganlah melantak habis-habisan (takut bertambah gemuk pulak). Di bulan puasa umat islam dapat berjimat cermat dari segi aliran ekonomi. Kenapa?. Pada ketika ini tentulah umat islam kurang membazir atau kurang perbelanjaan dalam keperluan makanan. Mereka juga tidak berdaya untuk memerah tenaga, oleh itu kaki jalan atau kaki melancong mungkin akan mengurangkan aktiviti tersebut. Tahukah kamu bahawa perut kita juga perlukan rehat kerana ia penat menghazamkan segala makanan yang kita telan. Dengan adanya aktiviti puasa di bulan Ramadan maka dapatlah ia berehat dan menumpukan tenaga badan bagi mengurangkan kadar penyakit badan. Biasanya kita sering dengar bahawa individu yang terlalu gemuk sering mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Selain itu puasa dapat melatih kita untuk menahan nafsu dari perkara-perkara maksiat atau pembaziran. Rata-rata antara kita ada yang gemar enjoy melihat tayangan xxx dan membazir duit di kedai-kedai video game, mengumpat, panjang tangan dan sebagainya. Oleh itu bulan puasa merupakan bulan paling baik untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan tersebut. Memandangkan dinegara kita sendiri banyak mewujudkan program-program berbentuk ibadah dibulan Ramadan dan kebanyakan penyanyi-penyanyi pujaan rehat sebentar dari menyanyi bagi menghormati bulan puasa, maka mudahlah sedikit untuk kita lari dari sebahagian godaan nafsu kita. Apapun bergantung kepada diri kita juga, selagi adanya sikap menghormati bulan puasa pada diri kita, selagi adanya undang-undang yang menguatkuasakan kewajiban umat islam untuk berpuasa maka mudahlah untuk kita mengekang nafsu kita. Saya sendiri akui bahawa politik sangat penting dalam mewujudkan suasana di bulan Ramadan kerana ia mengawal segala aktiviti dinegara kita seperti program-program riadah, aktiviti-aktiviti pusat-pusat hiburan dan sebagainya. Manusia jika tidak diikat oleh peraturan maka huru-haralah jadinya akibat melakukan sesuatu tanpa mengira kesan terhadap orang lain. Dengan kata lain manusia lebih cenderung kepada mementingkan diri sendiri. Sebab itu islam wujud dan dengan adanya al-quran dan al-hadis maka manusia hidup dalam harmoni dan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain. Apapun bulan puasa menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda dari bulan-bulan yang biasa. Lebih-lebih lagi, fadilat atau ganjaran yang kita dapat di dalam ibadat sembahyang tarawikh. Dan pada 10 hari yang terakhir didalam bulan Ramadan umat islam diberi peluang untuk mendapatkan pahala yang jauh lebih banyak jika salah satu malam tersebut ketika kita mengerjakan ibadat merupakan malam lailatul khadar, jika diizinkan ALLAH S.W.T pada waktu malam lailtul khadar tersebut segala permintaan kita pasti akan di kabulkan oleh ALLAH S.W.T.  Termasuklah permintaan mengubah takdir kita yang tidak menguntungkan.

Sungguhpun bulan Ramadan menjanjikan banyak manfaat kepada umat islam, tetapi masih lagi wujud individu-individu masa kini yang ingkar untuk melaksanakannya. Sebagai contoh ialah tidak berpuasa di bulan Ramadan. Mereka ini seolah-olah tidak takut dengan hukuman akhirat. Ini bergantung kepada keyakinan dan penghayatan individu itu sendiri. Jika mereka ini yakin wujudnya hukuman tuhan dan menghayati kemulian ganjaran dari tuhan (ALLAH S.W.T) maka saya tersangat yakin mereka pasti tidak akan melakukannya. Itulah masalahnya dengan generasi kita sekarang ini. Kebanyakan muda-mudi kita yang sudah biasa dengan keseronokan, berdisko sudah tentu tidak ada penghayatan dalam nilai-nilai ajaran islam. Ini kerana mereka kebanyakannya lebih sibuk ketempat-tempat tidak berfaedah atau bermaksiat dari sibuk di masjid-masjid. Masjid kalau hendak dilihat terutama di negara kita, boleh dikatakan umpama tidak berfungsi sepertimana pada zaman RASULLULLAH. Kalau dahulu segala pentadbiran dan aktiviti ibadah sering dilakukan di pusatkan di masjid tapi kini masjid hanya untuk sembahyang jumaat sahaja. Adalah sikit-sikit kenduri atau selainnya. Apapun kepimpinan itu penting. Kebanyakan kepimpinan haruslah pandai mengambil hati individu yang dipimpinnya. Tegas tapi lembut. Maksud saya tegas dalam menarik individu (umat islam) untuk tidak lari dari berpuasa di samping memberikan nasihat dan aktiviti-aktiviti yang tidak menjejaskan program bulan puasa. Banyakkan, sebagai contoh menganjurkan nasyid, memberi risalah kepada penduduk islam setiap hari sebagai renungan (nasihat berguna), mengajak ahli-ahli mewujudkan majalah islam. Apapun pastikan dibulan Ramadan, semua orang terlibat. Maksud saya lebih bermakna kita menasihati diri kita dengan melakukan aktiviti menasihati orang lain. Banyakkan topik dalam islam, mustahil tidak boleh dibahagi-bahagikan. Sebuah kampung setiap jalan contoh jalan hassan, penduduk dikawasan tersebut buat isu kelebihan sembahyang, isu kelebihan sembahyang jika dipecahkan tentu banyak topik pecahan dapat dibuat. Pastikan semua penduduk jalan hassan tersebut terlibat. Biar mereka menghasilkan artikel mereka, jadikan ini tugas, so sambil buat sambil belajar bukan. Samalah seperti saya disini, ketika saya ingin menulis artikel ini, saya terpaksa mencari bahan serba sedikit mengenai islam secara tidak langsung saya telah menasihati dan mewujudkan kesedaran pada diri saya. Apapun lakukanlah sesuatu yang boleh melibatkan secara langsung kesemua penduduk agar mereka secara tidak lansung menghayati islam di bulan Ramadan. Dengan cara ini jika penghayatan ini berjaya jika seseorang individu cuba-cuba curi makan, sebaik sahaja pegang makanan dia akan rasa bersalah dan tidak jadi makan. Sang pencuri pun berhenti jadi pencuri dan sebagainya.

Selain itu ada lagi bagi masalah gastrik, masalah ini biasalah jika ini berlaku anda boleh dikecualikan dari berpuasa. Masalah lain dibulan Ramadan adalah bagaimana kita hendak menahan nafsu pada zaman yang serba mencabar ini. Terutama dari golongan bukan islam. Ini kerana mereka ini sudah tentu tidak berpuasa. Manalah tahu kalau-kalau kita ter ‘lalu’ di kawasan kedai makan mereka. Sedang orang bukan islam tersebut dengan rakusnya memakan mee apantah, secara tidak langsung kita juga akan tidak tertahan dan mungkin boleh berhayal dan sebagainya. Bagaimana pula dengan iklan tv yang memaparkan gadis-gadis cantik, seksi menggoda yang boleh menaikkan nafsu kita dibulan Ramadan. Bagaimana pula dengan kawalan pihak berkuasa islam dalam menangani banyak hal-hal, aktiviti-aktiviti seperti ini. Ini bergantung kepada iman umat islam itu sendiri dan kerjasama pihak bukan islam dalam menghormati umat islam dibulan Ramadan, mungkin tokei kedai makan bukan islam boleh meletakkan penghadang supaya umat islam lain yang lalu tidak nampak dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, untuk menjayakan aktiviti islam di bulan Ramadan memerlukan seluruh kerjasama yang erat dari semua pihak. Ini termasuklah dari seluruh individu islam dan bukan islam atas dasar hormat menghormati antara satu sama lain. Bagi umat islam, sempana bulan Ramadan akan datang, puasalah, puasalah seboleh-bolehnya, seiklas-iklasnya kerana ALLAH S.W.T (bukan untuk menunjuk-nunjuk). Paling penting sembahyang lima waktu. Ini kerana sembahyang merupakan tiang yang paling asas. Kalau anda tidak sembahyang, anda buat baik sekalipun mungkin tidak akan dapat sebarang pahala. Sebagai contoh jika anda tidak sembahyang pada hari ini maka segala kebaikan lain yang telah anda buat pada hari ini seperti menderma, merawat orang sakit mungkin tidak akan mandapat apa-apa balasan pahala. Sia-sia bukan

Akhir sekali selamat berpuasa bagi umat islam seluruh dunia. Sekian. Wassalam dan assalamualaikum.

 

 

 

7 November 2000