Muzik Dan Filem Mempengaruhi Fikiran Masyarakat Terutama Remaja.

             Setiap dari kita memerlukan penghibur. Pada masa kini, tidak dinafikan sumber hiburan amat mudah diperolehi. Antaranya ialah muzik dan filem. Tanpa penghibur dunia dirasakan kosong, lesu dan penuh kebosanan. Lebih-lebih lagi, hiburan amat diperlukan oleh orang yang aktif.

Mengapa kita perlu filem dan muzik?. Sesetengah individu pernah berkata, tanpa muzik, fikiran akan buntu dan tidak dapat berfikir kerana tidak tahu apa yang hendak difikirkan. Malah ada diantara pelajar sendiri yang menjadikan muzik sebagai sumber latarbelakang semangat untuk mereka mangkaji pelajaran. Samalah fungsinya ketika kita bergaul dalam satu kumpulan rakan yang ramai, berborak dan bergelak ketawa. Cuba kita tinjau dari sejarah, manusia didapati lebih berpotensi untuk mencapai apa yang diingininya jika dia melakukan perkara tersebut didalam keadaan yang gembira dan tenang. Ketenangan tidak bermaksud tanpa muzik atau filem sebaliknya mendengar muzik dan menonton filem itulah punca ketenangan. Apatah lagi jika ia dihayati bersama orang yang disayangi. Walaubagaimanapun keadaan ini juga bergantung kepada sikap atau identiti seseorang. Bagaimana anda mendapat ketenangan?

Secara tidak langsung muzik dan filem samaada di televison atau di pawagam layak digambarkan sebagai suatu sumber inspirasi kepada masyarakat. Anda boleh bayangkan, apa akan anda rasakan jika anda diletakkan disuatu tempat yang gelap, sunyi tanpa apa-apa disekeliling. Bosan!, buntu!, pening dan berbagai lagi. Sememangnya muzik dan filem merupakan teman lebih-lebih lagi ketika kita berseorangan.

            Benarkah muzik dan filem itu baik untuk masayarakat terutama remaja. Pada asalnya teknologi terkini yang menampung evolusi filem dan muzik adalah bertujuan untuk memberi faedah kepada masyarakat. Tujuannya adalah sebagai penghibur dan penambah suasana riang. Tetapi, pada masa kini tujuan tersebut agak menyimpang dan membawa beberapa keburukan. Apakah keburukan tersebut?

            Kita lihat dahulu kesan yang berlaku dari perkembangan arena muzik dalam konteks tanah air. Muzik telahpun wujud dalam berbagai bentuk. Jazz, pop, rock, blues, rap dan kini masih lagi wujud ago-go. Selain itu muzik ala kacukan juga wujud seperti angdut. Ada juga muzik-muzik yang sesuai disatukan sebagai satu muzik campuran seperti pop rock. Apakah ciri-ciri muzik yang anda suka? Apapun setiap jenis muzik ini memiliki identiti tersendiri dari segi pakaian, gaya dan personaliti terhadap penggunanya. Sebagai contoh muzik rock yang kini masih lagi bertahan, beridentitikan emosional. Dari segi pakaian pula berseluar jeans, baju jaket, bercermin mata hitam, mengikat saputangan diatas kepala dan berbagai-bagai lagi demi membezakan identitinya. Ini termasuklah nada suara dan bahasa. Muzik rap pula lebih kepada kesukanan. Lihat tariannya sahaja seperti orang bersenam, berseluar track atau pendek. Yang lucunya pada pertama kali ia muncul ada juga gaya suara tergagap-gagap. Biasanya kesemua ahli dalam satu kumpulan terlibat menyanyi menari. Antara lain perwatakan pembawa muzik rap yang ketara ialah kesemuanya mestilah muda atau remaja sahaja. Jika dewasa cuba membawa muzik jenis ini, keadaan akan menjadi janggal, tidak seperti muzik rock dan beberapa jenis muzik yang lain dimana boleh dinyanyikan oleh individu yang berumur.  Begitulah muzik dan identiti-indentitinya. Pop, jazz dan jenis muzik yang lain juga memiliki identiti yang berlainan.

             Secara am kita patut tahu muzik adalah satu sumber yang tidak boleh dilihat ketika berhibur. Rata-rata muzik masa kini, membawakan satu gaya yang boleh menggambarkan suasana yang ingin disampaikan. Muzik dapat membawa kita kealam percintaan walaupun kita tidak pernah bercinta dengan sesiapa. Sebab itulah remaja-remaja sekarang rata-ratanya sudah mngenali apa itu cinta malah berpasang-pasangan pada usia yang terlalu muda. Cinta memang indah! Benar?. Muzik juga mampu membawa suasana kesedihan. Terutamanya lagu putus cinta yang sering didendangkan diradio. Cuba anda perhatikan dari waktu yang lepas-lepas. Anda pasti dapati bahawa rata-rata lagu yang menjadi juara bersifat kesedihan. Isabella (search), takdir dan waktu (mega), cindai (siti nurhaliza) dan banyak lagi merupakan juara lagu-lagu sedih, putus cinta dan bermasalah. Seolah-olah ia membuktikan bahawa masyarakat kita sering kecundang atau bermasalah terutama dalam soal pergaulan dengan kekasih. Muzik boleh memberi semangat seperti yang cuba diperolehi dari lagu-lagu patriotik malahan lagu juga boleh membuatkan masyarakat kita makin layu seperti lagu yang terlalu jiwang ala-karat. Kesan muzik yang berasaskan kegembiraan dan membawa semangat sudah tentulah membina fikiran yang lebih luas tetapi bagi muzik yang berlatarkan kesedihan hanya akan membawa kepada tahap pemikiran yang semakin sempit.

            Kesimpulannya muzik wujud dalam dua tujuan, iaitu memuji, atau meluahkan perasaan. Bagaimana pula dengan filem, boleh dilihat, boleh didengar. Rata-rata filem sepertimana muzik dinegara kita Malaysia boleh didapati dalam bahasa inggeris, malayu, cina dan India. Jika ditanya, apakah filem yang anda gemari sekarang? Kenapa?

            Apakah filem? Semua tahu bahawa filem adalah satu tayangan yang boleh dilihat dengan mata dan didengar melalui telinga. Filem lebih kearah memaparkan aksi-aksi tertentu. Semakin hebat aksi tersebut maka filem itu akan lebih dikagumi dan disanjungi. Jika dibandingkan filem dan muzik, filem adalah lebih kuat mempengaruhi idea pemikiran masyarakat terutama kestabilan daya imbang pemikiran remaja. Kenapa?. Kerana yang nampak adalah mudah difahami dan diikuti serta diingati. Antara filem-filem yang sering ditayangkan pada masa kini begitu menonjol-nonjolkan baiknya hero dan betapa jahatnya kumpulan samseng. Dalam setiap siri filem, hanya dua ini sahaja yang berlaku. Hero membelasah atau memusnahkan kesemua orang jahat atau pun hero dan samseng mati bersama-sama. Apabila dikatakan hero maka dia tidak boleh mati sebelum cerita tersebut tamat. Biasanya hero akan hidup hingga keakhir tayangan. Kita boleh lihat aksi-aksi ganas seperti seni silat yang bukan sahaja untuk mempertahankan diri tetapi yang pasti ia sangat-sangat digunakan untuk membawa kemusnahan. Didalam filem kita boleh lihat, banyak harta benda awam yang musnah. Pelanggaran undang-undang dan bermacam-macam lagi. Inikah yang dinamakan siri tauladan. Ia tidak boleh dikatakan sebagai filem yang membawa nilai murni malahan boleh mempengaruhi fikiran anak-anak muda remaja untuk berbuat sesuka hati tanpa takut kepada undang-undang. Semangat-semangat inilah yang amat ditakuti.

            Bagaimanapula dengan kes social. Bagi filem-filem barat misalnya. Oleh kerana dunia ini adalah semakin global maka sekatan tidak lagi wujud. Jadi, pernahkah anda rasa, kesan kepada budaya kita, khususnya pelepasan terhadap pegangan agama. Walaupun kini wujud siri tapisan filem namun masih lagi wujud cd-cd lucah yang boleh didapati pada harga kurang dari RM10. Sebab itulah ramai anak-anak gadis zaman ini hilang harga diri. Apa yang pelik, mereka-mereka ini tidak lagi risau dengan harga diri mereka. Apakah pandangan anda terhadap filem-filem lucah? Ini kerana kebanyakan masyarakat mula terikut-ikut dengan budaya barat.

            Soalnya, wujud lagikah filem-filem yang berunsur patriotik atau tauladan selain filem-filem cinta dan sains fiksyen. Ya, ia wujud tetapi tidak begitu berkembang. Kenapa? Didalam arena hidup masa kini, keuntungan merupakan sesuatu yang diidam-idamkan oleh ahli-ahli perniagaan. Lakukah filem-filem patriotik, sejarah?. Sudah tentu tidak sama sekali. Kebanyakan dari kita inginkan sesuatu yang luar dari kebiasaan kehidupan kita. Ini dipenuhi oleh filem-filem sains fiksyen yang memaparkan kewujudan sesuatu yang mustahil. Tetapi bukan masyarakat tidak tahu tetapi mereka sememangnya ingin lihat sesuatu yang baru dari kebiasaan kehidupan mereka itu sendiri. Selain itu masyarakat juga sukakan satu inspirasi kasih sayang, dan sebab itulah cerita-cerita cinta masih mendapat sambutan.

            Secara kesimpulannya, baik muzik ataupun filem rata-rata menonjolkan dua perkara. Pertama adalah rasa sayang (cinta) dan kedua adalah sifat luarbiasa. Apapun, segalanya yang ingin muncul akan tetap muncul. Terpulanglah kepada iman kita sama-ada ingin mengutipnya atau tidak.

  

18 okt 2000